..DaLaM SaTu RaSa MeNJaDi SaTu RaHSiA..
Showing posts with label Sakit. Show all posts
Showing posts with label Sakit. Show all posts

Friday, 18 November 2011

KeDiNgiNaN MaLaM

Assalamualaikum semua..
Cuaca malam nie sejuk sangat coz baru pas hujan.. Agak lebat jugak la hujan petang tadi sampaikan kesejukannya jelas ternyata hingga ke tulang hehehe.. Alhamdulillah.. Syukur dengan nikmat yang di kurniakan.. Subur tumbuh2an di limpahi hujan yang membasahi bumi..

"Hujan Yang Turun Bagaikan Mutiara"..

Bila dah sejuk2 nie badan pun mula rasa x sedap.. Macam dah bagi petanda pakej 'F' 2 in 1 datang menyerang.. Flu & Fever.. Mintak2 di jauhkan la.. Tapi kalau dah nak kena nak halang macam ner.. Redha je la.. Terima dengan hati terbuka.. 


Ok la Wawa pun dah start rasa x selesa.. Taip pun gigil2.. Doakan semuanya dalam keadaan baik2 hendaknya.. Amin.. InsyaALLAH.. Setiap apa yang di lalui tue adalah pengorbanan yang perlu kita tempuhi..




Friday, 4 November 2011

AdMiTTeD WaD PaRt 2..

Assalamualaikum semua..
Sebelum t'lupa klu ada di antara anda yg masih ketinggalan dengan cerita sebelum nie boleh klik SINI.. Hari yg di tunggu2 sudah tiba.. Tiap detik asyik menghitung masa jer.. Macam2 benda yg bermain di fikiran yang menghantui untuk lelap malam tue.. Dengan dugaan 'Mak Cik' sebelah katil yg x abih2 m'bebel tiap2 malam sampai 1 tahap tue seakan2 dah hilang sabar tapi masih boleh cool coz xnak effect bacaan BP bila doktor datang check nti..

Tanggal 19 Oktober 2011 penderitaan selama ini akan berakhir dengan episod pembedahan.. Seawal jam 5.30 pagi dah bangun coz tido pun sekadar untuk cukup syarat jer.. Bersihkan diri dulu tue yg lebih utama agar lebih segar sebelum pembedahan di lakukan.. Selesai je mandi sampai je kat katil nurse dah standbykan baju untuk ke Bilik OT & 1 Set untuk Drip Air.. Saat2 macam nie paling m'cemaskan ye la nak drip air tue sakitnya 1 hal.. Pas2 dok m'hitung air tue jangan la abih cepat kang mesti kena tolak awal ke Bilik OT hehehe.. Tapi pagi tue memang Wawa adalah First Kes yg akan melakukan pembedahan pada hari tue..

Bila semuanya dah ok doktor pun datang check sebelum di tolak ke Bilik OT.. Perasaan masa tue xtau nak gambarkan macam ner lebih2 lagi bila pandang orang yang kita sayang.. My Hubby & Emak la pendokong semangat pada masa tue.. bibir nie x putus2 b'zikir & selawat untuk persiapan diri melalui detik2 genting.. Seawal jam 8.45 pagi dah di tolak masuk ke dalam Bilik OT.. Perkara terakhir yg masih segar di ingatan sebelum masuk ke dalam Bilik OT adalah meminta doa restu emak & My Hubby supaya pembedahan nie berjalan lancar.. Nasib baik My Hubby sempat m'hadiahkan Ciuman Kekuatan ada gak bekal untuk jadi lebih kuat hehehe..

Dalam Bilik OT macam2 perasaan lagi yang bermain2 di fikiran.. Lebih2 lagi tengok keadaan sekeliling yang menyeramkan dengan pelbagai alatan.. Untuk pengetahuan semua sy di berikan bius 1 badan bagi memudahkan proses pembedahan nti.. Nasib bius 1 badan klu separuh badan ngeri je dengar mcm2 benda yg di lakukan.. Tapi sebelum doktor bagi bius yang pertama doktor tanya tentang diri kita, nama, status, orang yg paling di sayang & macam2 lagi la.. Doktor menerangkan ada 6 gas yang perlu di hidu.. Yg first & second oksigen maintain la time tue.. Tapi masuk yang third doktor kata gas nie ada bau ubat sikit hidu dalam2 time nie TUHAN je yg tau rasanya.. Bila hidu je kepala pun dah start melayang2 tapi sempat lagi tepis tangan doktor tue coz dah rasa x selesa minta supaya di cabut.. Nasib baik doktor tue dengar rintihan ini hehehe.. Bukan apa bila dah hidu tue kepala pun dah start pusing2 pas2 BP plak naik secara tiba2.. Bila semuanya dah ok doktor teruskan misinya dengan gas seterusnya.. Time tue fikiran dah melayang2 ntah jauh ke mana.. Pas2 dengar ada orang panggil nama tapi bunyinya rasa macam jauh sangat.. Ntah gas ke brape terus dah x sedarkan diri.. Start la doktor memulakan operasinya...

Dalam 12.45 pm sedar dari tidur yg lena, doktor mengatakan pembedahan dah selesai & berjaya.. Time nie cakap pun macam x berguna jer ye la masih mamai2 lagi effect dari bius pembedahan tue.. Just angguk2kan kepala je tanda ok.. Sebelum  di tolak masuk ke wad Wawa sempat lagi menghadiahkan muntah kat jururawat yang mengiringi Wawa apalagi kelam kabut la jadinya lebih2 lagi muntah darah ye la luka masih baru lagi pun effect bius tue gak kira 2 in 1 la muntah nie hehehe.. Keluar je Bilik OT My Hubby & Emak dah menanti di luar dengan raut wajah kedua2nya tenang & bersyukur coz pembedahan ini berjalan lancar walaupun agak lama.. Hampir 3 Jam Lebih menanti di luar dengan pelbagai perasaan.. My Hubby menggegam erat tangan & memberitahu "Abg sayangkan Ayg.. Risau Abg lama sangat Ayg kat dalam tue" Time tue just pandang muka My Hubby & mampu angguk2kan kepala je.. Lepas dari tue x ingat dah apa yg berlaku.. Sedar2 dah petang, time tue dah pulih sikit2 cuma x boleh nak bangun lagi coz kepala masih berat.. Hanya mampu mengucapkan ALHAMDULILLAH bersyukur sangat2 coz masih di panjangkan usia & masih boleh menikmati hidup sebagai seorang ISTERI.. Muntah untuk kali yg kedua nie baru rasa lega sikit.. Tapi time tue Emak yang jaga.. Emak pun risau & sempat bertanya kat jururawat di situ memang muntah darah ke.. Ye la siapa x cuakkan.. Nak bercakap pun slow2 je coz masih sakit.. Suara time tue pun Rock masih serak2.. Perkara pertama yang mesti di lakukan selepas sedar adalah menikmati Aiskrim supaya dapat mengurangkan rasa perit yg di alami.. Dengar je Aiskrim semua org cakap "Sedap la.." Sedap memang sedap tapi kalau dah namanya sakit sedap macam mana sekali pun tetap akan rasa x sedap cuma yg rasa adalah sakit hehehe.. Nak telan air liur pun sakit lagi2 Aiskrim..?? Seksa rasanya.. Tapi kuatkan la kudrat yg ada.. 

Ok continue next entry ye.. cerita pengalaman selepas pembedahan & discharge wad.. 
(Sila jangan bosan baca entry Wawa ye.. Hehehe..)




Tuesday, 1 November 2011

AdMiTTeD WaD PaRt 1..

Assalamualaikum semua..
Fuuh.. Berabuk rumah den hehehe.. Mentang2 la N9 menang Piala Malaysia dan2 kuar bahasa org nogeri.. Blog nie sunyi sepi je macam tuannya.. Al-maklum la tuan punya blog nie x berapa nak sihat sangat.. Alhamdulillah kesihatan pun dah beransur pulih so hari ini barulah b'kesempatan nak coret2 serba sedikit cerita2 yang boleh dikongsikan bersama..

 Berbalik pada cerita, sebernarnya tuan punya blog baru lepas menjalani pembedahan.. Dengar je pembedahan mesti ada di kalangan anda yang t'fikir2 & tertanya2 pembedahan apakah yg dilakukan..?? Bunyi macam serius sangat jer.. Bagi yg menghadapi memang serius tapi bagi yg tidak mengalami mesti akan cakap ala.. pembedahan minor jer.. Ok straight to the point, sy mengalami sejenis penyakit yang di panggil 'Chronic Adenotonsillitis'.Doktor pakar yg memeriksa menyarankan agar pembedahan di lakukan Hari Rabu 19 Oktober 2011 supaya dapat mengelakkan daripada perkara yg tidak di ingini berlaku.. Redha dengan ketentuan dari ALLAH dan percaya setiap penyakit itu ada penawarnya.. Maka My Hubby decide untuk melakukan pembedahan tue.. Mungkin yang berlaku ada hikmahnya..

Bermulalah episod admitted wad di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR Klang). Hati siapa x risau walau pembedahan minor sekalipun ajal maut itu ketentuan dari ALLAH.. Kita sebagai manusia menerimanya dengan hati yg terbuka.. Selepas selesai pendaftaran wad di lakukan, maka berkampung la di HTAR selama 4 hari 3 malam.. Di sebabkan kesesakan yg melanda di HTAR yang menerima ramai pesakit2 maka Wawa di tempatkan di Kelas 2 & 3 Wad Perempuan 3A katil 2A.. Ada jugak request dekat doktor nak wad First Kelas tapi malangnya tiada kekosongan wad pada masa tue.. Dah duduk wad nie bermula episod sedih.. sedih kerana terpaksa berjauhan dengan My Hubby.. 

Bila dah confirm semua barulah call emak, abah kat kampung bagitau dah masuk wad & akan di operate pada hari yang telah di tetapkan.. Biasalah kalau dah sedih2 nie air mata nie lajunye mencurah ke bumi lebih2 lagi bila call mak dgn abah kat kampung lagi sayu la.. Sampai nak bercakap pun tersekat2.. Doktor ada bgtau seelok2nya emak @ adik beradik yang jaga selepas pembedahan coz memudahkan pesakit untuk b'interaksi & b'komunikasi apabila sesuatu 'hajat' di ingini.. Ye la kang nak melepaskan 'hajat' klu dengan emak & adik beradik sendiri xde la malu kang dengan org lain mau t'kencat kat situ jugak huhuhu.. Di sebabkan pembedahan di lakukan bukan waktu cuti sekolah, maka berat hati emak nak tinggalkan abah dengan adik2 yang masih b'sekolah kat kampung tapi di sebabkan hajat anak, emak turuti.. Minta jasa baik Ibu MUIZ & Babah MUIZ ambilkan emak kat kampung.. Alhamdulillah hajat untuk emak jaga selepas pembedahan di lakukan t'makbul.. Kalau My Hubby leh jaga memang xnak susahkan mak kat kampung.. Lagipun kesian kat emak coz org tua kudratnya pun bukan sihat macam kita yg muda2 nie.. (eleh.. perasan muda konon hehehe..) Ok la nti kisah pembedahan tue kita continue next entry ye..