..DaLaM SaTu RaSa MeNJaDi SaTu RaHSiA..

Sunday 16 October 2011

LuNcH HaRi iNi..

Assalamualaikum semua..
Dah lunch ke..?? Seperti biasa setiap hujung minggu klu tidak balik jenguk mak, abah di kampung aktiviti yang biasa di lakukan adalah bermalas2an di rumah & b'gedik santai bersama My Hubby t'cinta.. Selalunya rutin balik kampung nie ada sistem ikut giliran so bila dua2 belah keluarga dah jenguk saki bakinya adalah masa untuk berdua2an plak dengan My Hubby di rumah.. So bila dah cuti hujung minggu nie macam2 perkara yang nak kena buat.. Antara rutinnya adalah memasak.. Masak nie pun ikut mood jugak.. Kekadang mood timbul kekadang mood tenggelam.. So kalau bab masak2 nie My Hubby suka sangat request menu.. 
Jom intai menu lunch yang My Hubby request hari nie..

MaSaK LeMaK uDaNg CiLi aPi

iKaN SeLaR GoReNg

uLaM2aN - KaCaNg BoToL + DauN PeGaGa + 
SaMBaL BeLaCaN (HaSiL aiR TaNgaN My HuBBy)

SaYuR BaYaM MaSaK TuMiS aiR

Siap je masak terus My Hubby tanya bila dah boleh makan.. Bab2 makan nie memang berselera la die lebih2 lagi isteri t'cinta yang masak hehehe.. (poyo je puji diri sendiri) Masak2 nie pun bukannya arif sangat macam chef pun, janji cukup rasa x lari dari rasa yang ada kira ok la.. Kira kalau buka restoran boleh laris la hehehe.. (oopss.. poyo lagi..) Xpe la janji kenyang dah memadai.. Bersyukur dengan rezeki yang ada.. Inilah rezeki kami sekeluarga hari ini.. Alhamdulillah..


FiRSt TRiaL..

Assalamualaikum semua..
Bersiaran di awal pagi.. mata pun x ngantuk so datang dengan sendirinya idea untuk m'coret secebis kata dengan mood yang masih m'godek2 blog yang masih anak benih lagi.. sy budak baru belajar klu salah tolong tunjukkan.. X lama lagi bila dah di siram, di baja sikit2 akan keluar akarnya mcm blog nie gak.. Bila dah tau step by step rimbun la hasilnya.. Godek punya godek saje2 la try nak cipta signature sendiri so follow step yang ada nti kita tengok sesama hasilnya.. Adakah ianya m'jadi atau sebaliknya.. Seronok gak bila kita dapat share apa yang kita ada kat blog nie.. Sekurang2nya kita dapat b'kongsi ilmu yang kita ada dengan org lain.. 
Kawan biar beribu2 lemon pun xpe tetapi kekasih awal & akhir hanya satu.. 
Nti kita continue next entry ye..

Saturday 15 October 2011

~..My FirSt eNTrY..~

Blog ini tercipta segala kisah suka & duka kehidupan yang di lalui untuk di kongsi bersama.. Detik ini 16 Oktober 2011 bermula segala realiti kehidupan pelbagai emosi akan tertulis menerusi blog ini.. InsyaALLAH blog ini akan sentiasa di coret selagi masih berdaya..

Cetusan idea ini daripada orang yang tersayang My Hubby yang menginginkan blog ini menjadi tatapan buat semua pengunjung melalui coretan2 kami.. Terima kasih My Hubby kerana memberi semangat & sokongan agar meneruskan perjalan blog ini hingga ke titisan terakhir.. Inilah tanda penghargaan yang bermakna dalam hidupku..

Harapan setinggi gunung buat semua pengunjung agar dapat memberikan komen2 yang membina untuk kami meneruskan perjalanan hidup kami sebagai penulis blog yang selalu menginginkan yang terbaik daripada anda semua.. Kita hanya merancang tuhan yang menentukan segalanya..

"..Setiap yang baik datangnya daripada ALLAH.. Dan setiap yang buruk datangnya daripada kelemahan diri kami sendiri .."