Assalamualaikum semua..
Fuuh.. Berabuk rumah den hehehe.. Mentang2 la N9 menang Piala Malaysia dan2 kuar bahasa org nogeri.. Blog nie sunyi sepi je macam tuannya.. Al-maklum la tuan punya blog nie x berapa nak sihat sangat.. Alhamdulillah kesihatan pun dah beransur pulih so hari ini barulah b'kesempatan nak coret2 serba sedikit cerita2 yang boleh dikongsikan bersama..
Berbalik pada cerita, sebernarnya tuan punya blog baru lepas menjalani pembedahan.. Dengar je pembedahan mesti ada di kalangan anda yang t'fikir2 & tertanya2 pembedahan apakah yg dilakukan..?? Bunyi macam serius sangat jer.. Bagi yg menghadapi memang serius tapi bagi yg tidak mengalami mesti akan cakap ala.. pembedahan minor jer.. Ok straight to the point, sy mengalami sejenis penyakit yang di panggil 'Chronic Adenotonsillitis'.Doktor pakar yg memeriksa menyarankan agar pembedahan di lakukan Hari Rabu 19 Oktober 2011 supaya dapat mengelakkan daripada perkara yg tidak di ingini berlaku.. Redha dengan ketentuan dari ALLAH dan percaya setiap penyakit itu ada penawarnya.. Maka My Hubby decide untuk melakukan pembedahan tue.. Mungkin yang berlaku ada hikmahnya..
Bermulalah episod admitted wad di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR Klang). Hati siapa x risau walau pembedahan minor sekalipun ajal maut itu ketentuan dari ALLAH.. Kita sebagai manusia menerimanya dengan hati yg terbuka.. Selepas selesai pendaftaran wad di lakukan, maka berkampung la di HTAR selama 4 hari 3 malam.. Di sebabkan kesesakan yg melanda di HTAR yang menerima ramai pesakit2 maka Wawa di tempatkan di Kelas 2 & 3 Wad Perempuan 3A katil 2A.. Ada jugak request dekat doktor nak wad First Kelas tapi malangnya tiada kekosongan wad pada masa tue.. Dah duduk wad nie bermula episod sedih.. sedih kerana terpaksa berjauhan dengan My Hubby..
Bila dah confirm semua barulah call emak, abah kat kampung bagitau dah masuk wad & akan di operate pada hari yang telah di tetapkan.. Biasalah kalau dah sedih2 nie air mata nie lajunye mencurah ke bumi lebih2 lagi bila call mak dgn abah kat kampung lagi sayu la.. Sampai nak bercakap pun tersekat2.. Doktor ada bgtau seelok2nya emak @ adik beradik yang jaga selepas pembedahan coz memudahkan pesakit untuk b'interaksi & b'komunikasi apabila sesuatu 'hajat' di ingini.. Ye la kang nak melepaskan 'hajat' klu dengan emak & adik beradik sendiri xde la malu kang dengan org lain mau t'kencat kat situ jugak huhuhu.. Di sebabkan pembedahan di lakukan bukan waktu cuti sekolah, maka berat hati emak nak tinggalkan abah dengan adik2 yang masih b'sekolah kat kampung tapi di sebabkan hajat anak, emak turuti.. Minta jasa baik Ibu MUIZ & Babah MUIZ ambilkan emak kat kampung.. Alhamdulillah hajat untuk emak jaga selepas pembedahan di lakukan t'makbul.. Kalau My Hubby leh jaga memang xnak susahkan mak kat kampung.. Lagipun kesian kat emak coz org tua kudratnya pun bukan sihat macam kita yg muda2 nie.. (eleh.. perasan muda konon hehehe..) Ok la nti kisah pembedahan tue kita continue next entry ye..
No comments:
Post a Comment